MENYIASAT ALAM HIDUPAN

HAIWAN BERSENDIRIAN
       
   Haiwan yang bersendirian seringkali haiwan yang mengawal jajahan mereka dan tidak suka kehadiran haiwan lain di jajahan mereka, terutamanya haiwan yang sama jenis. Ini mungkin disebabkan persaingan bagi peluang mengawan atau mengenai jajahan, atau ia merupakan cara yang lebih sesuai untuk hidup dipersekitaran ini. Apabila dua spesies yang sama berjumpa mereka seringkali memaparkan rupa bengis dan cuba menghalau sesama sendiri, tetapi jika tidak satupun berundur perkelahian mungkin meningkat. Dalam sesetengah spesies perkelahian ini boleh berakhir dengan kematian satu atau keduanya.

     Haiwan bersendirian hanya bersama yang sama spesies dengannya ketika ia menjaga anak atau ketika ia bersedia untuk mengawan. Walaubagaimanapun, apabila anaknya tidak lagi bergantung dengannya anak itu akan samaada pergi dengan sendiri atau disingkirkan oleh keluarganya. Kecenderungan ini kemungkinannya ibu bapanya tidak tahan dengan kehadiran yang sama atau ia bersedia untuk mengawan sekali lagi dan tidak mampu menjaga kedua-dua anak pertama dan yang baru lahir. Semasa tempoh mengawan, haiwan bersendirian cuba mencari pasangan, dan sebaik sahaja ia selesai, haiwan itu mungkin mengulang proses mengawan beberapa kali sebelum meneruskan gaya hidup bersendiriannya.

Fail:Tasmanian Devils feeding.jpg     
Tasmanian Devils sebenarnya haiwan yang agak jinak dengan manusia. Tetapi dua Tasmanian Devil yang diletakkan bersama menjadi amat agresif dan bergaduh sesama sendiri. Sesetengah haiwan hidup berkumpulan dan sesetengahnya hidup bersendirian. Haiwan dan tumbuhan tinggal dalam satu – satu kawasan. Kawasan di mana haiwan dan tumbuhan tinggal dikenali sebagai habitat. Habitat membekalkan makanan, air, tempat berteduh dan ruang untuk membiak. Sesetengah haiwan tinggal secara berkumpulan dan yang lain tinggal secara menyendiri dalam habitat mereka.

     Kebanyakan haiwan yang tinggal secara menyendiri adalah pemangsa dan mangsa mereka tinggal secara berkumpulan. Pemangsa dan mangsa adalah salah satu bentuk interaksi antara haiwan. Haiwan yang hidup secara menyendiri melindungi diri mereka, selalunya pemangsa, dengan menggunakan kuku mereka yang tajam, gigi mereka yang kuat, menggunakan kekuatan tubuh badan mereka dan menggunakan bisa atau racun. Haiwan yang tinggal secara menyendiri melakukan semua perkara sendirian. Mereka hidup dan memburu makanan sendirian. Haiwan ini mempunyai ruang yang cukup dan memadai untuk berehat dan tidur dalam habitat mereka.

Hasil Kerja Murid:

  1. http://www.slideshare.net/mohdsariman/harith-assignment
  2. http://www.slideshare.net/mohdsariman/interaksi-antara-haiwan-1
  3. http://www.slideshare.net/mohdsariman/interaksi-antara-benda-30690726
  4. http://www.slideshare.net/mohdsariman/interaksi-antara-haiwan-2
  5. http://www.slideshare.net/mohdsariman/interaksi-antara-haiwan
  6. http://www.slideshare.net/mohdsariman/interaksi-antara-haiwan-riza
  7. http://www.slideshare.net/mohdsariman/interaksi-baru
  8. http://www.slideshare.net/mohdsariman/interaksi-haiwan-haziq
  9. http://www.slideshare.net/mohdsariman/persaingan-antara-haiwan
  10. http://www.slideshare.net/mohdsariman/projek-sekolah-interaksi-antara-haiwan
  11. http://www.slideshare.net/mohdsariman/zafirah-interaksi-antara-benda-hidup


PERSAINGAN ANTARA HIDUPAN


   Setiap hidupan mempunyai keperluan asas untuk kemandiriannya. Dalam keadaan tertentu, keperluan asas adalah terhad dan hidupan terpaksa bersaing untuk mendapatkannya. Perebutan antara dua atau lebih hidupan untuk mendapatkan keperluan yang terhad disebut persaingan.

PERSAINGAN ANTARA HAIWAN
  1. Haiwan bersaing untuk mendapatkan makanan, air, pasangan dan tempat perlindungan.
  2. Persaingan boleh berlaku sama ada antara spesies haiwan yang sama atau spesies haiwan yang berlainan.
  3. Persaingan antara haiwan yang seringkali mengakibatkan berlakunya pergaduhan.
  4. Haiwan yang lemah terpaksa mengalah kepada haiwan yang lebih kuat.
  5. Haiwan yang lemah mungkin pupus dan terpaksa berpindah ke kawasan lain untuk meneruskan hidupnya.

PERSAINGAN ANTARA TUMBUHAN
  1. Persaingan antara tumbuhan berlaku untuk mendapatkan cahaya matahari, air, garam mineral dan ruang untuk hidup.
  2. Tumbuhan yang gagal mendapatkan cahaya, air atau garam mineral yang mencukupi akan menjadi tidak subur.
  3. Di kawasan hutan tebal yang mempunyai banyak pokok besar, pokok renek menjadi tidak subur kerana tidak mendapat cahaya matahari yang cukup.
  4. Persaingan sama ada antara spesies yang sama atau spesies yang berlainan.
  5. Kadangkala persaingan juga berlaku antara pokok induk dengan anak pokok. Contohnya ialah pokok setawar.
  6. Anak-anak pokok setawar yang tumbuh berdekatan pokok induk bersaing dengan pokok induk untuk mendapat keperluan asas.
Hasil Kerja Murid (Tugasan 1) :
Hasil Kerja Murid (Tugasan 2) :

  1. http://www.slideshare.net/mohdsariman/aah-persaingan-antara-tumbuhan
  2. http://www.slideshare.net/mohdsariman/harith-assignment-02
  3. http://www.slideshare.net/mohdsariman/interaksi-antara-haiwan-raja
  4. http://www.slideshare.net/mohdsariman/interaksi-antara-tumbuhan-izzat-hamzah
  5. http://www.slideshare.net/mohdsariman/interaksi-antara-tumbuhan
  6. http://www.slideshare.net/mohdsariman/interaksi-antara-tumbuhan-riza
  7. http://www.slideshare.net/mohdsariman/persaingan-antara-tumbuhan-2-30945377
  8. http://www.slideshare.net/mohdsariman/persaingan-antara-tumbuhan
  9. http://www.slideshare.net/mohdsariman/persaingan-antara-tumbuhan-30945528
  10. http://www.slideshare.net/mohdsariman/interaksi-antara-tumbuhan-30945696
  11. http://www.slideshare.net/mohdsariman/persaingan-antara-tumbuhan-1-30946429
  12. http://www.slideshare.net/mohdsariman/persaingan-antara-tumbuhan-2-30946494
  13. http://www.slideshare.net/mohdsariman/persaingan-antara-tumbuhan-3-30946531
  14. http://www.slideshare.net/mohdsariman/persaingan-antara-tumbuhan-30946595
  15. http://www.slideshare.net/mohdsariman/persaingan-antara-tumbuh-tumbuhan-30946648
  16. http://www.slideshare.net/mohdsariman/persaingan-tumbuhan-haziq-30946800


KEPUPUSAN HIDUPAN

  1. Pupus bermaksud hilang terus dari muka Bumi ini.
  2. Sejak zaman purba lagi banyak hidupan yang pupus.
  3. Kepupusan hidupan zaman purba seperti dinasour kebanyakannya disebabkan oleh perubahan keadaan iklim dan bencana alam.
  4. Hidupan pada masa ini juga banyak yang sudah pupus atau hampir pupus.
  5. Antara haiwan lain yang sudah pupus ialah burung dodo dan serigala Tasmania yang diburu untuk mendapatkan daging dan kulitnya.
  6. Haiwan yang hampir pupus pula termasuklah beruang panda, ikan paus, harimau dan gajah.
  7. Di negara kita juga banyak haiwan yang hampir pupus. Antaranya termasuklah badak sumbu, beruang, pelanduk, orang utan, penyu, seladang, tapir, kongkang dan burung enggang.
  8. Kepupusan hidupan pada masa ini kebanyakannya disebabkan oleh aktiviti manusia seperti penerokaan hutanpemburuan, pencemaran air dan sebagainya.
  9. Beberapa jenis haiwan diburu oleh manusia kerana mahu mendapatkan beberapa bahagian atau anggota badannya.
  10. Kegiatan pemburuan yang keterlaluan menyebabkan beberapa jenis haiwan semakin pupus.
  11. Ada haiwan yang semakin pupus disebabkan proses pembiakannya terganggu. Contohnya, pembiakan penyu terganggu disebabkan manusia mengambil telurnya untuk dimakan.
  12. Aktiviti pembalakan dan pembukaan hutan juga menyebabkan kepupusan beberapa hidupan seperti tapir, beruang panda, orang utan dan sebagainya.
  13. Penebangan hutan menyebabkan haiwan-haiwan tersebut kehilangan tempat perlindungan dan sumber makanan.
  14. Berikut ditunjukkan beberapa jenis haiwan yang sering diburu dan tujuan manusia memburunya;
  • Gajah - untuk mendapatkan gading. Gading digunakan untuk membuat barang ukiran atau barang perhiasan.
  • Badak sumbu - untuk mendapatkan sumbu. Sumbu digunakan untuk dijadikan ubat.
  • Buaya - untuk mendapatkan kulit. Kulit digunakan untuk membuat kasut, beg dan tali pinggang.
  • Burung enggang - untuk mendapatkan bulunya. Bulu dijadikan barang perhiasan.
  • Seladang - untuk mendapatkan daging dan kulitnya.



PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN HIDUPAN

Kepentingan Hidupan Kepada Manusia
  1. Haiwan dan tumbuhan sangat penting kepada manusia.
  2. Antara kepentingan haiwan dan tumbuhan adalah untuk dijadikan sumber makananuntuk dijadikan bahan perubatan, untuk membuat pakaian dan pelbagai peralatan lain serta untuk mengekalkan keseimbangan alam sekitar.
  3. Kepupusan haiwan dan tumbuhan akan mendatangkan kesan yang tidak baik kepada alam sekitar dan manusia.
  4. Oleh sebab itu, langkah untuk memelihara dan memulihara hidupan perlu dilakukan bagi  mengelakkan kepupusannya.
Langkah Pemeliharaan dan Pemuliharaan Hidupan
  1. Pemeliharaan bermaksud langkah menjaga tumbuhan dan haiwan supaya kehidupannya tidak terganggu dan mengelakkan kepupusannya.
  2. Pemuliharaan pula bermaksud langkah membiakkan tumbuhan dan haiwan yang hampir pupus bagi mengelakkan hidupan tersebut terus pupus.
  3. Antara langkah pemeliharaan dan pemuliharaan termasuklah mengadakan hutan simpan atau taman rimba, melakukan penanaman semula pokok di kawasan pembalakan, melakukan pembalakan di kawasan tertentu sahaja, mengadakan pusat pembiakan bagi haiwan yang hampir pupus, mengadakan undang-undang yang melarang kegiatan memburu secara haram dan mengharamkan perniagaan haiwan atau tumbuhan yang hampir pupus.
  4. Terdapat beberapa agensi kerajaan dan persatuan tertentu yang ditubuhkan untuk melindungi haiwan dan tumbuhan. Antaranya termasuklah Kementerian Sains Teknologi dan Alam Sekitar, Jabatan Perhutanan, Jabatan Perikanan, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar (PERHILITAN), Taman Negara, Zoo Negara, Dana Sedunia Alam Semula Jadi Malaysia dan Persatuan Zoologi Malaysia.

3 ulasan:

  1. Terdapat banyak faktor yang menyebabkan haiwan dan tumbuhan mengalami masalah kepupusan.Antaranya ialah,aktiviti manusia yang tidak bertanggungjawab seperti pemburuan haram,pembalakan haram dan pembangunan yang tidak terkawal.Selain itu,bencana alam seperti letusan gunung berapi,banjir dan gempa bumi merupakan salah satu faktor utama yang menyebabkan haiwan dan tumbuhan pupus.Seterusnya,pencemaran alam sekitar juga boleh menyumbang kepada kepupusan haiwan dan tumbuhan.Kesimpulannya,bersama-samalah kita menjaga alam sekitar untuk tatapan generasi akan datang

    SAYA BUDAK BARU BELAJAR
    KALAU SALAH COMMENT DIBAWAH YE...

    THANKS TEACHER!...

    BalasPadam